Curut 的个人资料curutMaCho照片日志列表 工具 帮助

Curut

地点
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diriMu tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Hajar dan Mengapa didamba teman
hidup sesempurna Muhammad .......jika ada kelemahan
pada dirimu dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikkan
Carilah kebaikkan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dapat dipertemukan dengannya dan
Berdoalah agar dia menjadi milikMu selama-lamanya.......
此共享空间没有音乐列表。

meebo me!

正在加载...

curutMaCho

SeGala Keindahhan adalah Milik Allsh SWT dan BerSyukurlah Apa yang kita Ada...
3月24日

Cerita dipetik dari Para Wali....

Cerita dipetik dari Para Wali....

Asalamulaikum diucapkan kepada semua ...barang sesiapa yang membaca cerita ini harap dapat menjadikan satu akhitbar untuk kita selama-lamanya.Cerita ini di ceritakan kepada seorang hamba Allah yang Paling Allah sayanginya.Dalan tidak sedar dia telah melakukan perkara-pekara yang dia sendiri tidak duga

Pada Zaman Rasulluah SAW,ada seorg nelayan yang cukup bahagia.Seorg nelayan ini mempunyai isteri dan anak-anak soleh/soleha.Mereka hidup dengan gembira bahagia dan mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT

Nelayan ini setiap masa sujud dan menyembah Sang Pencipta.Dia tidak pernah lupa pada Allah dan Allah selalu memberi apa yang diminta olehnya.

Pada suatu hari, terdetik dalam harinya sesuatu yang tidak disangka-sangka dan di berfikir sambil berkata di dalam hatinya aku selalu menyembah Allah dan tidak pernah lupa kepada-Nya.tetapi Allah tidak adil kepada ku....?Kenapa??...bisik hati kecilnya.

Lantas masa itu dia terus sembahyang dan meminta doa kepada Allah SWT


Doanya...

Ya..Allah ..Dimana keadilan Mu..?

Aku mohon keadilan Mu ......

Selamu ini aku Bermohon kepadaMu dan Dikau tak pernah lupa dan beri kepada ku...dan aku bersyukur ....


Tapi ...Ya Allah Kenapa Dikau tak memberikan aku kekayaan...yang ku pohon kepadaMu ...Kenapa Ya Allah ...Kenapa?

Orang lain pergi menangkap ikan dengan membawa hasil pulangan yang bergitu banyak sekali ....

Tapi aku...hanya bawa untuk tangkapan cukup-cukup untuk makan ku sahaja..

Dikau kurniakan kepada orang lain Rumah Mewah-mewah dan harta yang bergitu banyak...

Tapi aku hanya duduk didalam rumah yang ala`kadar sahaja dan harta yang tak seberapa....

Kenapa Dikau tak kurniakan aku macam org lain Ya Allah ....Sedangkan aku selalu memohon dan meminta kepadaMu

Adilkah Dikau Ya Allah?......Dengan tangisan airku kepadaMu Ya Allah.......


Selesai dia berdoa dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan menceritakan apa yang dia laluinya...dan apa yang dia minta olehnya kepada Allah....

Nabi tersenyum sambil berkata..

Allah maha merahmati Mu dan menyangiMu...wahai sahabat.Allah takut ...dan sangat-sangat takut Engkau akan lupa kepadanya satu hari nanti ....dan Dia tidak akan mendengar lagi doa-doa dan rintihan-rintihan dariMu untuk-Nya.

Sebab manuasi akan lupa kepada Allah dengan 3 perkara

v Kekayaan

v Arak

v Perempuan

Hurainya dari tiga-tiga perkara dia atas :-

§ Apabila seseorang manuasia itu memperolehi kekayaan dia mula lalai kepada amalan-amalannya dan lupa kepada Allah SWT.

§ Bila seseorang itu ada kekayaan dia boleh beli Arak....

§ Bila minum arak seseorang itu akan cari perempuan jadilah (ZINA)

Sebab itulah Allah beri sedikit demi sedikit kepadaMu dan dia suka mendengar Doa-doa orang yang Dia sayang....

Bersyukurlah Apa yang kamu ada..Terduduk Si nelanyan itu lalu menangis....atas perbuatannya....dan kelakuannya

1月23日

Doa..

Ya Allah Ya Tuhan Ku,Dikau BukakanLah Pintu ReZeki untuk Ku Seluluas Langit Dan BUmi..Bukakanlah Untuk ku Kesemua Pintu Langit2Mu Dan makbulkanLah Segala Doa2ku Dan Perkenankanlah Ya Allah.

Sedetik jantung berdenyut

Sedetik jantung berdenyut...sekali Zikir Dilafazkan,

Seminit Gerak Hati Berdetik....Sekali

Istikfar Dilafazkan

Setiap Waktu Kita teringat ...Setiap Denyutan Jantung Allah

Mengingati kita...

Jadilah Yang terbaik disisi Allah ...

Jadilah Yang terbaik di sisi Org Yang disayangi ..

Jadilah yang terbaik kepada Ibu Bapa

Jadilah Yang terbaik Disisi kawan2 dan Sahabat2

Sesingguhnya Cinta kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Cinta yang kekal Abadi Untuk Selama-lamanya...

1月11日

Sebaik-baik manusia ialah siapa yang banyak memberi manafaat kepada manusia lain...

Hai sayang ku ,ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,ramai manusia yang karam didalamnya.Bila kau ingin selamat dari karam,layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa dan Layarnya Tawakal Kepada Allah Swt
5月31日

Bacalah YASSIN

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.
5月11日

IKATAN SYAITAN

السلام عليكم ورحمة الله

IKATAN SYAITAN

Abu Hurairah r.a telah berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangun seraya menyebut nama Allah (membaca doa bangun tidur), maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia mengambil wudhuk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia solat maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan dalam hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati”. (Imam Muslim)

Sekian, wallahu a’lam

والسلام عليكم ورحمة الله

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الأَمْرِ فَاتَّـبِـعْهَا وَلاَ تَـتَّـبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ

kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam urusan (agama) itu,

maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. الجاثية : 18

4月4日




Apo kabo Semua . Assalamulaikom....


Makna Disebalik Nama "Huraisy"

Makna Disebalik Nama "Huraisy"
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

; Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu ke luarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

KENAPA PELAJAR MELAYU YANG SERING DIRASUK?


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum
cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. kes
histeria disekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua
bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama
hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik,
ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun
memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya
yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua
bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring,
menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu
jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam
" Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati,
Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""
""Aduhai... kekekeekeeee...""

3月29日

Pedoman

10 Seksaan Paling Ngeri

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

 
May 30  
第 1 张,共 5 张

Windows Media Player

Radio

正在加载...